Ahmad Zahid, Wakil Rakyat BN Hadir Taklimat Perjumpaan

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Taklimat dan perjumpaan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diadakan bersempena dengan Persidangan Dewan Rakyat yang bermula pada hari ini.

Dihadiri oleh ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri dan Senator ia dilakukan bagi memberi penerangan kepada wakil rakyat berkenaan isu semasa berkaitan rakyat yang akan dibawa pada persidangan Parlimen pada kali ini.

Pelbagai isu yang disentuh oleh menteri-menteri UMNO/BN membabitkan portfolio disandang sebagai panduan kepada ahli-ahli Parlimen untuk perbahasan.

Pada acara kemuncak, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN mengambil bahagian dalam memberikan ucapannya.

Beliau meluahkan harapan kepada kesemua ahli Parlimen untuk memanfaatkan sesi Dewan Rakyat kali ini bagi membawa agenda rakyat.

Menurut beliau ia penting kerana sekaligus dapat meningkatkan prestasi negara ke arah lebih membanggakan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk dalam pada itu turut sama meluahkan penghargaan atas ilitizam tinggi diberikan oleh kesemua pemimpin UMNO/BN yang berada dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan dan Menteri-menteri Besar UMNO/BN.

Katanya, kesungguhan tersebut membawa menifestasi tersendiri kepada parti keramat ini untuk terus mendapat dukungan rakyat terutama menjelang pilihan raya akan datang. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit