Wanita UMNO Tumpu Gerak Kerja Depani Pilihan Raya

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Wanita UMNO Malaysia semalam melakanakan Mesyuarat Exco Wanita UMNO Malaysia bagi membincangkan pelaksanaan gerak kerja seperti mana input diperoleh daripada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Mesyuarat yang diadakan di Menara Dato Onn dipengerusikan oleh Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Ia turut sama membincangkan isu-isu semasa berkaitan hal ehwal wanita serta gerak kerja secara terperinci berkenaan persediaan awal dalam mendepani pilihan raya yang akan datang.

“Ini merupakan mesyuarat pertama bagi tahun 2025. Saya turut berkongsi bersama kepimpinan berkaitan isu semasa dan input daripada Mesyuarat MKT yang lepas.

“Intipati mesyuarat hari ini juga lebih berfokus kepada pilihan raya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, beliau pada hantaran berbeza turut sama berkongsi Mesyuarat Biro Politik Wanita UMNO Malaysia yang juga turut sama diadakan.

Ia dihadiri oleh kepimpinan tinggi Wanita UMNO Malaysia serta ketua Wanita negeri.

Noraini turut sama meluahkan harapan agar segala perancangan dan takwim yang dirangka berjalan dengan lancar. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit