MBM Mahu TVET Jadi Salah Satu Fokus Utama Dalam Agenda Pembangunan Belia – Azman Azeez
KUALA LUMPUR, 13 Jan – Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamad Khairul Azman Abdul Azeez, berkata usaha memperluaskan kesedaran mengenai potensi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) diaplikasi sebagai laluan kerjaya yang kompetitif dan mampu menjamin masa depan belia.
Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menekankan pentingnya kerjasama erat antara kerajaan, industri dan institusi pendidikan dalam menyediakan latihan berkualiti tinggi serta membuka peluang pekerjaan kepada golongan muda.
“Kita perlu memperkukuh usaha memperluaskan kesedaran tentang potensi TVET sebagai laluan kerjaya yang kompetitif dan menjamin masa depan. Usaha ini mesti dipacu melalui kerjasama dengan pihak kerajaan, industri, dan institusi pendidikan.
“Memperluaskan kesedaran tentang potensi TVET sebagai laluan kerjaya yang kompetitif dan menjamin masa depan. Bekerjasama dengan pihak kerajaan, industri dan institusi pendidikan untuk menyediakan latihan berkualiti tinggi serta peluang pekerjaan kepada belia.
“Membina rangkaian kerjasama di peringkat nasional dan antarabangsa untuk membawa peluang pembangunan kepada belia. Mengarusperdanakan agenda belia dalam dasar-dasar nasional untuk memastikan suara belia terus didengari,” katanya kepada UMNO Online, di sini.
Mengulas lanjut Azman yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Baling berkata ini adalah komitmen MBM dalam memperjuangkan pembangunan belia di Malaysia selari dengan perubahan landskap ekonomi dan sosial yang semakin mencabar.
Tambah Azman lagi, belia di negara ini perlu diberi perhatian lebih dalam melahirkan pemimpin masa hadapan yang berwibawa dan melaksanakan program kepimpinan yang menyeluruh dan holistik bagi memastikan generasi muda bersedia untuk menerajui pelbagai sektor.
“Ini juga akan mampu melaksanakan program kepimpinan yang holistik bagi memastikan lebih ramai pemimpin muda bersedia untuk menerajui pelbagai sektor.
“Memberi ruang dan peluang kepada belia untuk menyumbang idea dan tindakan demi pembangunan masyarakat,” katanya lagi.
Inisiatif ini diyakini dapat memperkasa generasi muda dan mempersiapkan mereka untuk menghadapi cabaran masa depan dengan lebih efektif, ujarnya. – UMNO Online