Syed Hussein Terus Gerak Kerja Santuni Masyarakat Setempat, Sampaikan Bantuan Bakul Kasih Johor
KUALA LUMPUR, 7 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota, Syed Hussein Syed Abdullah meneruskan gerak kerja menyantuni masyarakat setempat dengan kunjungan kasih di samping menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Terbaharu pada semalam beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang berpeluang ke Kampung Tanah Runtuh bagi menyampaikan bakul kasih Johor.
“Alhamdulillah saya ke Kampung Tanah Runtuh untuk menyampaikan bakul kasih Johor bersama Tok Batin Sham Ketua Masyarakat Kampung Tanah Runtuh.
“Kampung Tanah Runtuh ini adalah merupakan satu-satunya kampung orang asli di dalam DUN Mahkota, moga dengan pemberian bakul kasih Johor ini dapat meringankan sikit perbelanjaan bulanan mereka,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Syed Hussein seterusnya ke Kampung Sembrong sambil memanfaatkan peluang tersebut untuk meninjau kawasan sekitar bagi melihat sendiri kemudahan yang boleh dinaiktaraf.
Beliau kemudiannya ke ke Balai Raya Kampung Baru untuk melihat projek baru iaitu Projek Tanaman Hidroponik.
Katanya projek ini membantu pengusaha untuk memudahkan mereka menjalankan kerja-kerja pertanian.
“Selepas itu saya dan Ketua Kampung Sembrong, Tok Naz Reel serta Ketua Cawangan Kampung Baru, Zainodin Mohd Tap ke Tanah Perkuburan Kampung Baru untuk melihat apa lagi kemudahan di kawasan persekitaran yang belum cukup.
“Akhir sekali, saya ke Balai Raya Kampung Baru untuk melihat projek baru mereka iaitu Projek Tanaman Hidroponik.
“Dengan adanya projek ini, orang kampung dapat mengetahui cara yang baru untuk menanam sayur. Selain itu, dapat juga buat pendapatan tambahan untuk Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) apabila hasilnya dapat dijual nanti,” ujar beliau. – UMNO Online