Pemuda UMNO Kuala Kangsar Teruskan Misi Bantu Parti Capai Kejayaan

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Pemuda UMNO Kuala Kangsar yakin dan percaya kesatuan dan muafakat yang jitu akan membantu parti terus melangkah ke depan berdepan pelbagai cabaran selain memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan sebaiknya.

Ketua Pemudanya, Mohamad Arif Abdul Talib berkata dengan keazaman dan visi serta misi yang jelas segala matlamat yang dirancang mencapai sasaran kelak.

“Insya-Allah, kita penuh percaya dengan semangat, keazaman,dan visi yang jelas, kita mampu membawa gerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar dan parti ke tahap yang lebih cemerlang.

“Teruskan usaha kita untuk menjadi inspirasi kepada masyarakat dan generasi akan datang,” katanya kepada UMNO-Online.

Arif seterusnya berkongsi bagaimana segala perancangan dan segala tindakan dilaksanakan menerusi pelbagai medium terutama melalui mesyuarat dan lain-lain.

“Minggu lalu kita adakan mesyuarat Pemuda Kuala Kangsar dengan pelbagai perancangan daripada pimpinan Pemuda Cawangan setempat. Syukur Alhamdulillah, mesyuarat tersebut telah berjalan dengan lancar dan penuh semangat.  Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa dan Ketua Pemuda Cawangan yang terlibat atas komitmen, dedikasi, dan kerjasama.

“Terima kasih kepada Ketua UMNO bahagian, Datuk Maslin Sham Razman dan Azizul Rahim Abdul Rahman (timbalan ketua) kerana hadir dan memberi kata-kata semangat kepada kami Pemuda UMNO Bahagian kuala Kangsar.

“Sekali lagi, tahniah dan terima kasih atas sumbangan semua. Semoga kita sentiasa diberkati dan dipermudahkan dalam setiap langkah kita,” ujarnya. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit