Kelab Skuad Sayang 3K Teruskan Misi Bantuan Banjir Di Gemencheh Dan Tampin

GEMENCHEH, 10 Dis – Kelab Skuad Sayang 3K meneruskan komitmen dalam membantu mangsa-mangsa banjir dengan menyalurkan sumbangan bagi Misi Bantuan Banjir Siri II.

Menurut Komandannya Hisham Suhaily Othman, kali ini bantuan telah disampaikan ke kawasan yang terjejas di Bahagian Tampin dan Kuala Pilah, susulan bencana banjir yang melanda kawasan tersebut baru-baru ini.

“Sebanyak 100 tilam toto, 100 biji bantal, dan 100 kotak makanan telah dihantar sebagai usaha meringankan beban mereka yang terjejas.

“Sumbangan ini diharap dapat membantu keperluan asas mangsa banjir dan memberikan sedikit keselesaan dalam menghadapi situasi mencabar ini,” kata Exco Wanita UMNO Malaysia itu dalam satu kenyataan kepada UMNO Online.

Ujarnya lagi, Kelab Skuad Sayang 3K ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan misi ini.

“Usaha bersama ini mencerminkan semangat perpaduan dan keprihatinan dalam membantu mereka yang memerlukan.

“Kelab Skuad Sayang 3K akan terus komited untuk menyampaikan bantuan kepada kawasan-kawasan lain yang memerlukan pada masa hadapan,” katanya.

Turut hadir menerima barangan sumbangan Zuredah Mohamad selaku Naib Ketua Wanita Negeri Sembilan merangkap Ketua Wanita bahagian Tampin. – UMNO ONLINE

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit