Jubli Emas BN 50 Tahun, Tempoh Panjang Tadbir Negara – Norliza Rahim

KUALA LUMPUR,9 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim menzahirkan kesyukuran dapat meraikan Jubli Emas Barisan Nasional (BN) peringkat kebangsaan yang ke-50.

Norliza yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia berkata, BN mempunyai ramai rakan komponen yang bersama dengan gabungan ini, selama 50 tahun telah mentadbir negara pada tempoh yang sangat panjang.

“Sewaktu 50 tahun ini pelbagai cabaran dan dugaan yang telah dilalui BN. Sama ada di waktu suka, duka, menjadi kerajaan yang dominan, menjadi pembangkang, menjadi kerajaan semula dan itulah dikatakan perjuangan.

“Apa-apa pun yang berlaku perjuangan demi agama,bangsa dan negara khususnya pada rakyat Malaysia sememangnya BN akan sentiasa memperjuangkan hak dan apa saja kelebihan yang boleh dibantu untuk rakyat di bawah.

“Sempena Jubli Emas ini, Wanita BN bersama seluruh pelusuk turut hadir walaupun ada negeri-negeri yang mengalami banjir tetapi tetap menghantar wakil untuk bersama-sama serta membincangkan beberapa perkara bagi menguatkan silaturahim,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Mengulas lanjut, beliau juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN), berkata wanita BN memainkan peranan penting kerana mempunyai keahlian wanita paling ramai.

“Jentera ‘frontliners’ BN adalah jentera wanita. Ini adalah penting untuk wanita bersama sebagai sebuah pasukan yang kuat untuk hadapi cabaran yang akan datang dan bukanlah cabaran seperti dahulu.

“Wanita BN juga akan melakukan ‘transform in myside’ dan perlu mempunyai jentera yang berkebolehan menguasai sosial media. Transformasi itu perlu dilakukan mengikut keadaan semasa dalam negara ini,” jelas beliau.

Pada masa yang sama kata Norliza lagi, BN perlu merangka beberapa strategi penting untuk hadapi pilihan raya akan datang seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Melaka, Johor dan seterusnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke -16.

“Adalah penting bagi penyokong BN meraikan jubli emas ini bersama serta dapat berkongsi segala maklumat dan pengalaman serta hadam dan mensiapsiagakan perjuangan pada pilihan raya akan datang tetapi bukan mudah.

“Dengan semangat BN yang semakin membara dan yakin akan kembali kuat di kalangan masyarakat negara ini. Teruskan perjuangan dan doakan agar BN terus berjaya dengan lebih cemerlang pada pilihan raya akan datang,” ujarnya.

Marilah bersama-sama kuatkan solidariti, pasukan yang mantap supaya dapat hadapi apa saja cabaran dan dugaan bakal datang nanti, insya-Allah, tegasnya. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit