Dr Asyraf Jawab Wan Fayshal… Lebih Baik Bantuan Disalur Terus Ke Mangsa Banjir
KUALA LUMPUR, 4 Dis – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan bantuan yang mahu disalurkan kepada mangsa banjir wajar terus diberikan kepada mereka.
Menurut beliau, ini kerana karenah birokrasi sudah tentunya akan melambatkan proses menyaluran bantuan.
“Lebih baik bantuan terus ke mangsa banjir.
“Suka cara Khairul Aming yang tidak perlu berprotokol dan melalui pelbagai karenah birokrasi.
“Bantuan terus diagih dan sampai kepada mangsa banjir,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Pandangan tersebut juga turut mendapat respon yang positif daripada pengikut beliau yang rata-ratanya memberikan pandangan sama, antaranya daripada Maya Achah yang meminta agar bantuan tersebut terus diberikan kepada mangsa banjir.
“Serahkn ke mangsa banjir terus. Biar sampai ketangan yg benar2 memerlukan. Pihak2 yg bgi bntuan jgn buat kje separuh jalan. Pantau. Dan jgn sesekali bgi ke org tengah. Nnti yg mangsa bnjir dapat cuma hujung2. Kesian diaorang. Takpyah libatkn wakil rakyat. Nnti dia tukar lebel ke cop sendiri..jahattt.”
Sementara itu Pakngoh Jea berkata: “Rakyat machang khusus nya dapat menilai sendiri..Saper wakil rakyat yg boleh di tumpeng,” ujar beliau.
Terdahulu, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pada semalam meminta mana-mana pihak yang terlibat dengan bantuan mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Kedah diminta melibatkan wakil rakyat kawasan terjejas bagi mengelakkan berlaku pembaziran sumber.
Beliau berkata, kegagalan berbuat demikian pada masa ini menyebabkan berlaku lebihan bantuan khususnya membabitkan makanan.
Sebelum ini Wan Fayshal dikritik dalam media sosial selepas didakwa memberi bantuan makanan kering yang tidak mencukupinya berbanding pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Aming. – UMNO Online