PISMA Bantu Isu Saliran Terurus Dengan Baik, Tangani Banjir – Johan

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz menyifatkan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) membantu dalam memastikan pembangunan tanah bagi menangani isu banjir.

Johan yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia berkata pengumuman kerajaan negeri Selangor pada Bajet 2025 itu sekaligus sebagai penyelesaian dalam menangani musibah banjir membelenggu rakyat yang tinggal di kawasan berisiko.

“Saya menyampaikan rasa syukur dan terima kasih atas pengumuman PISMA bagi Daerah Hulu Langat di dalam Bajet 2025 Kerajaan Negeri Selangor.

“Pelaksanaan PISMA di kawasan ini akan membantu menangani isu saliran yang tidak terurus dengan baik.

“Sekali gus mengurangkan risiko banjir yang sering menjejaskan kehidupan harian penduduk dan ekonomi setempat,” katanya menerusi satu hantaran.

Johan dalam pada itu percaya dengan pelaksanaan PISMA di Hulu Langat akan membawa kesan positif yang besar kepada penduduk dan memastikan keseimbangan antara pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.