Penerangan Wanita UMNO Selangor Perkemas Gerak Kerja Jentera Hadapi PRN

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Penerangan Wanita UMNO Negeri Selangor menganjurkan Program Penerangan, Media dan Digital sebagai persiapan berhadapan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Dihadiri seramai 280 kepimpinan wanita seluruh negeri, pelbagai diskusi dan gerak kerja dikongsi bersama bagi memperkasa jentera parti di setiap bahagian.

Program ini diketui oleh Ketua Penerangan Wanita UMNO Negeri Selangor, Datuk Habibah Mohd Yusof, selaku pengarah program tersebut.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut berbesar hati hadir dan berkongsi harapan beliau kepada Wanita yang hadir.

Turut hadir adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Megat Zulkarnain Omardin; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim, Ketua Wanita UMNO Negeri Selangor, Datuk Halimatun Saadiah Bohan, barisan Biro Politik Wanita UMNO Negeri Selangor dan Ketua-ketua Wanita UMNO Bahagian.

Program tersebut juga turut dihadiri Naib Presiden Parti Amanah, Dr Siti Mariah Mahmud, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.