Walau Ditohmah, UMNO Kekal Berprinsip Kepada Asas Perjuangan – Aznan Tamin

PENGERANG, 19 Mei – UMNO tetap akan memegang amanat falsafah perjuangan dan tidak pernah berubah sama sekali iaitu agama, bangsa dan negara, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin.

Jelasnya, hanya UMNO satu-satunya parti yang kekal berprinsip memperjuangkan nasib orang Melayu berbanding parti lain.

“Ramai yang mengatakan UMNO telah berubah tetapi sebenarnya prinsip pegangan parti ini masih kekal dengan perjuangan yang sama iaitu agama, bangsa dan tanah air dan tidak pernah sesekali berubah.

“Perjuangan UMNO tetap kekal seperti dahulu lagi walaupun berbagai tohmahan telah dilontarkan pada parti ini dan rakyat negara ini memahami perjuangan yang ada dalam perlembagaan tersebut,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO mengharapkan agar dapat mengikat kembali hati rakyat bahawa UMNO tidak pernah sesekali lari dan tetap pada landasannya serta mengekalkan perjuangan.

“Saya harap kali ini berbagai-bagai perkara dapat ditingkatkan terutamanya di kalangan pengundi-pengundi muda agar dapat menarik mereka yang ‘lost’ dan tidak faham perjuangan UMNO kerana parti ini tidak pernah sesekali lari dan tetap pada landasannya.

Untuk rekod, 11 Mei 1946 merupakan tarikh kelahiran parti UMNO dan pada tahun ini parti menyambut ulang tahun ke-77. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit