Pemilihan UMNO 2023: Pilih Pemimpin Ikhlas Berjuang, Jangan Wujudkan Perpecahan – Armand Azha

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah menyeru para perwakilan untuk memilih barisan kepimpinan yang ikhlas dalam perjuangan sempena Pemilihan UMNO 2023 ini.

Jelasnya, pertandingan dalam keluarga UMNO ini tidak boleh menyebabkan perpecahan terutamanya dalam menentukan barisan kepimpinan baharu untuk mengemudi parti.

“Hari ini kita nak minta perwakilan memilih pemimpin yang menawarkan diri. Jangan pilih pemimpin berdasarkan wang ringgit. Tetapi, pilihlah pemimpin yang ikhlas dalam perjuangan.

“Ini adalah sebuah pertandingan keluarga. Habis sahaja pemilihan ini waima siapa pun menang dan kalah, kita perlulah kembali bertaut dan bergerak sebagai sebuah keluarga besar UMNO.

“Insya-Allah, kita jangan ada perpecahan dalaman parti dah sebab kali ini kita nak menentukan kapal baharu menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16,” katanya kepada UMNO Online sejurus selepas tamat Majlis Pengenalan Calon-Calon Pemilihan UMNO 2023, di Shah Alam.

Mengulas lanjut, beliau yang menawarkan diri sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO nombor dua itu turut berkongsi pengalaman beliau bertemu akar umbi yang dikatakan amat positif.

“Alhamdulilah saya telah bertemu dengan para perwakilan dan akar umbi sepanjang tempoh berkempen dan ianya amat positif.

“Sebentar tadi, ada orang buat ‘poll’ antara ketiga-tiga calon yang bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Saya nak cakap terima kasih kepada pembuat ‘poll’ tersebut kerana daripada 100 peratus saya mendapat 63 peratus daripada ketiga-tiga calon yang bertanding.

“Jangan lupa undi calon nombor dua iaitu saya, Armand Azha, calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Pukul 11.00 pagi pergi undi, 8.30 malam saya jadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,” katanya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.