Gempa Bumi Turkiye: Norliza Zahir Ucapan Takziah

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim menzahirkan salam takziah kepada warga Tukiye dan Syria yang sedang diuji dengan bencana gempa bumi, semalam.

Jelasnya, gempa bumi yang berukuran 7.8 dan 6.7 skala ritcher itu telah mengorbankan ribuan jiwa dan turut dirasai di Lubnan serta Cyprus.

“Salam takziah kepada warga Turkiye serta Syria yang diuji bencana gempa bumi berukuran 7.8 dan 6.7 magnitud mengorbankan puluhan jiwa, dijangka bertambah.

“Gempa bumi skala mega itu turut dirasai oleh Lubnan dan Cyprus,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan takziah kepada Chile kerana musibah kebakaran sehingga negara tersebut mengisytiharkan darurat kebangsaan dan merayu bantuan antarabangsa.

“Takziah juga diucapkan kepada Chile kerana musibah kebakaran mega mengorbankan ratusan nyawa dan dijangka bertambah.

“Chile turut isytihar darurat kebangsaan dengan tentera serta seluruh anggota awam dikerah membantu kebakaran yang merebak tidak padam sehingga kini. Chile turut merayu bantuan antarabangsa,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Norliza mengajak rakyat untuk sama-sama berdoa agar 2023 dapat diharungi sebaiknya kerana pada ketika ini Malaysia turut tidak terkecuali ditimpa bencana.

“Kita di Malaysia juga sedang hadapi bencana banjir terkesan kepada ribuan warga di beberapan negeri. Bencana bukan sahaja mengancam nyawa tetapi kerugian harta benda.

“Pada kesempatan yang ada ini suka saya mengajak untuk kita sama-sama berdoa agar 2023 ini dapat diharungi bersama dengan jayanya,” katanya lagi.

Ribuan penduduk maut dan cedera akibat tertimbus dalam runtuhan bangunan di Turkiye dan Syria apabila gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda tenggara Turkiye pada pukul 4.17 pagi (waktu tempatan), semalam.

Gempa bumi terburuk dalam tempoh lebih 100 tahun di Turkiye itu dikatakan meranapkan puluhan bangunan di beberapa bandar dan turut menyebabkan kerosakan teruk di negara jiran, Syria. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.