Kalsom Noordin Selesai Mengundi, Harap Semua Berjalan Lancar

PENGKALAN BATU, 20 Nov – Proses pengundian berjalan lancar dengan menyaksikan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi setiap pengundi termasuk memeriksa suhu badan, penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka.

SPR dan Kementerian Kesihatan sememangnya memandang serius cabaran pandemik COVID-19 semasa proses pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.

Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu Datuj Kalsom Nordin yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada pukul 8.50 pagi di Sekolah Kebangsaan Peringgit, Pengkalan Batu berharap agar semua proses pengundian berjalan lancar.

“Syukur Alhamdulillah, akhirnya proses mengundi telah selamat dijalankan dan saya bersyukur dengan keadaan yang baik dan berharap ramai pengundi keluar seawal yang boleh.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas-petugas yang berada di dewan ini dan nampaknya berjalan dengan teratur mengikut SOP yang telah ditetapkan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang datang awal,” katanya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.