BN Terbukti Tunai Janji… PH? – Hasnoor

BUKIT KATIL, 18 Nov – Rakyat Melaka amat merindukan pentadbiran Barisan Nasional (BN) di negeri itu setelah menderita di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Datuk Hasnoor Sdg Hussin berkata selama ini telah terbukti bahawa BN adalah sebuah parti yang menunaikan janji-janji kepada rakyat bukannya seperti PH.

“BN telah diuji dengan kejatuhan pada PRU ke 14 dan rakyat telah memberikan kepercayaan kepada PH tetapi nampaknya PH tidak dapat menunaikan janji-janji mereka.

“Bukan saja janji-janji yang tercatat di dalam manifesto tapi janji mereka untuk kestabilan politik juga gagal berlaku.

“PH tumbang bukan disebabkan oleh BN tapi mereka bergaduh sesama sendiri kerana tidak sehaluan dalam kerajaan,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Tambah Hasnor, negara menjadi tidak stabil akibat kerakusan dan ketamakan yang menyebabkan ketidaktentuan lantaran krisis politik berpanjangan.

“Dap dan PKR ada agendanya tersendiri semasa mentadbir negara dan negeri Melaka maka ia boleh dikatakan ‘tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain’ dan akhirnya keadaan kerajaan menjadi huru-hara lantas PPBM menarik diri daripada kerajaan PH dan ini membuatkan parti itu jatuh setelah 22 bulan memerintah,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.