Pilih BN, Jadikan Merlimau Pusat Daya Tarikan Pelancongan – Dr Akmal

MERLIMAU, 16 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata sekiranya diberikan peluang untuk berkhidmat perancangannya adalah ingin membangunkan Jasin sebagai salah satu pusat pelancongan.

Katanya, setiap minggu hampir 200 hingga 300 ribu orang datang ke Melaka tetapi pelancong tidak datang ke Merlimau.

JASIN 9 Nov–Calon Barisan Nasional N. 27 Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh mengedarkan “flyers” ke dalam peti pos dalam usaha untuk memperkenalkan diri dan menarik undi pada pilihan raya negeri Melaka di sini hari ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov, penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov depan.

“Merlimau ini terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh dibangunkan dan ini akan menjadikan pusat daya tarikan pelancong yang datang setiap minggu.

“Saya percaya penduduk boleh merasai, menikmati dan meraikan ekonomi yang didatangkan daripada orang luar menerusi sektor pelancongan.

“Harus ada pelbagai ‘plan’ untuk menjadikan sebagai pusat rekrasi keluarga seperti contoh membuat mini stadium yang dilengkap balapan, kolam renang dan sebagainya. Ini antara perkara-perkara yang menjadi keutamaan di dalam DUN Merlimau,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Jasin yakin dengan jentera BN akan dapat mendekati pengundi serta memberikan komitmen untuk memilih BN.

“Alhamdulillah… gerak kerja dari hari pertama sampai ke hari ini masih berjalan secara ‘full force’ serta memberikan komitmen bagi menggerakkan seluruh jentera BN mendekati pengundi tidak kira apa cara sekalipun.

“Kalau sekarang kempen tidak boleh secara bersemuka tetapi kita melakukan secara ‘online’ termasuk juga mengedarkan ‘flyers’ kepada pengundi dan hampir keseluruhannya telah diedarkan,” jelasnya lagi. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.