Kerugian Pelaburan Jadi Seksyen 403… Siapa Menteri Berani Membuat Keputusan?
Pertuduhan terhadap Datuk Seri Jamil Khir Baharom di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan menimbulkan satu persoalan undang-undang yang jauh lebih besar daripada individu bernama Jamil Khir.
Persoalannya mudah.
Adakah seorang Menteri boleh dianggap melakukan criminal misappropriation hanya kerana beliau memberikan kelulusan kepada suatu pelaburan kerajaan yang kemudiannya mengalami kerugian?
Kalau jawapannya ya, precedent ini sangat berbahaya.
Dalam kes Tabung Haji, keputusan pelaburan bukan dibuat seorang Menteri secara sendirian.
Sebelum sesuatu cadangan sampai kepada Menteri, ia melalui pengurusan, penilaian profesional, jawatankuasa pelaburan, Panel Pelaburan dan Lembaga Tabung Haji.

Menteri berada di penghujung rantaian tersebut sebagai pihak yang memberikan kelulusan yang diperuntukkan oleh undang-undang.
Jadi persoalan yang mesti dijawab oleh pendakwaan ialah:
Apakah perbuatan tidak jujur yang dilakukan oleh Jamil Khir?
Bukan sekadar:
Pelaburan dibuat.
Menteri tandatangan.
Pelaburan rugi.
Maka Menteri melakukan jenayah.
Itu bukan standard yang sepatutnya digunakan dalam undang-undang jenayah.
Seksyen 403 bukan kesalahan kerana membuat keputusan yang akhirnya salah.
Ia adalah kesalahan yang memerlukan unsur dishonesty.
Maksudnya, mesti ada bukti bahawa pada ketika keputusan dibuat, Menteri mempunyai niat tidak jujur untuk menyebabkan wrongful gain atau wrongful loss.
Kerugian yang diketahui beberapa tahun kemudian tidak boleh digunakan secara automatik untuk mencipta niat jahat pada masa lalu.
Investment risk is not criminal intent.
Kalau prinsip ini tidak dipertahankan, kesannya kepada pentadbiran negara sangat besar.
Bayangkan selepas ini seorang Menteri menerima satu cadangan pelaburan.
Semua pegawai profesional menyokong.
Investment committee menyokong.
Board menyokong.
Semua data pada ketika itu menunjukkan pelaburan itu munasabah.
Menteri kemudian memberikan kelulusan.
Lima tahun kemudian, pasaran berubah.
Syarikat gagal.
Pelaburan rugi.
Adakah Menteri itu selepas bersara boleh dituduh melakukan criminal misappropriation hanya kerana tandatangannya berada pada dokumen terakhir?
Kalau itu prinsipnya, siapa Menteri yang akan berani membuat keputusan?
Menteri yang paling selamat selepas ini ialah Menteri yang tidak membuat apa-apa keputusan.
Tidak tandatangan.
Tidak ambil risiko.
Tidak buat pelaburan.
Tidak cuba melakukan sesuatu yang baharu.
Kerana kalau berjaya, kerajaan dapat keuntungan.
Tetapi kalau gagal, Menteri mungkin berdepan pertuduhan jenayah bertahun-tahun kemudian.
Itu bukan sahaja tidak adil kepada individu.
Ia boleh melumpuhkan pentadbiran kerajaan.
Dan prinsip ini tidak boleh digunakan secara terpilih.
Hari ini ia digunakan terhadap Jamil Khir.
Esok prinsip yang sama boleh digunakan terhadap mana-mana Menteri.
Termasuk Menteri Kewangan.
Termasuk Perdana Menteri.
Kita baru sahaja melihat kontroversi pelaburan KWAP dalam eFishery yang membawa kerugian besar.
PMX sendiri mempertahankan prinsip bahawa pelaburan dibuat melalui proses profesional, due diligence, investment committee dan board, dan bahawa kerugian yang berlaku kemudian tidak dengan sendirinya membuktikan rasuah atau jenayah.
Prinsip itu betul.
Tetapi prinsip itu mesti digunakan kepada semua orang.
Kalau sebuah pelaburan di bawah institusi kerajaan boleh rugi tanpa menjadikan Menteri Kewangan seorang penjenayah, prinsip yang sama mesti diberikan kepada Menteri lain.
Struktur KWAP dan Tabung Haji mungkin tidak sama.
Tetapi prinsip keadilannya sama.
Kerugian pelaburan tidak boleh dengan sendirinya menjadi bukti niat jenayah.
Kalau pendakwaan mempunyai bukti bahawa Jamil Khir menerima keuntungan peribadi, mengarahkan pelaburan itu untuk memberi manfaat kepada pihak tertentu, menyembunyikan fakta, memaksa lembaga meneruskan transaksi atau mengetahui pelaburan itu suatu penipuan tetapi tetap mengarahkannya, maka kemukakan bukti itu.
Itu perkara lain.
Tetapi jika asas pertuduhan hanyalah kerana beliau berada di penghujung proses kelulusan dan pelaburan itu kemudian rugi, maka kita sedang membuka satu precedent yang sangat berbahaya.
Hari ini Jamil Khir.
Esok seorang Menteri Kewangan.
Lusa seorang Perdana Menteri.
Selepas itu mana-mana Menteri yang pernah meluluskan projek, pelaburan, jaminan atau keputusan komersial kerajaan yang tidak menjadi seperti yang dirancang.
Sebab itu persoalannya bukan sama ada kita suka atau tidak kepada Jamil Khir.
Persoalannya ialah:
Apakah standard undang-undang yang kita mahu tetapkan untuk semua Menteri Malaysia selepas ini?
Adakah kita mahu menghukum perbuatan yang benar-benar tidak jujur?
Atau kita mahu menghukum keputusan yang hanya kelihatan salah selepas kita mengetahui apa yang berlaku beberapa tahun kemudian?
Undang-undang jenayah tidak sepatutnya berfungsi melalui hindsight.
Kalau ada dishonesty, buktikan dishonesty.
Kalau ada personal benefit, buktikan personal benefit.
Kalau ada arahan tidak sah, buktikan arahan itu.
Tetapi jangan jadikan kerugian pelaburan sebagai pengganti kepada bukti niat jenayah.
Kerana kalau itu standardnya, akhirnya bukan sahaja Jamil Khir yang perlu bimbang.
Setiap Menteri yang perlu membuat keputusan untuk negara juga perlu bimbang.
Datuk Suraya Yaacob
Setiausaha Penerangan UMNO
