National Mosque Open Day 2026 Meriahkan Bagan Datuk, Orang Ramai Dijemput Hadir

BAGAN DATUK, 13 Ogos — Orang ramai dijemput memeriahkan National Mosque Open Day 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 15 Ogos di Masjid Tuminah Hamidi dan Dataran Bagan Datuk, Perak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata program berkenaan menyediakan pelbagai pengisian menarik untuk seisi keluarga, termasuk majlis ilmu, qasidah, pertandingan azan dan mewarna, Street Soccer 3X3, e-Sports serta aktiviti memanah.

Menurut beliau, pengunjung juga berpeluang menyertai Cabutan Barakah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik sepanjang program berlangsung.

“Jemput hadir beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat. Insya-Allah, jumpa malam nanti di Masjid Tuminah Hamidi,” katanya menerusi perkongsian beliau hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau turut akan menghadiri Majlis Ilmu pada malam ini yang menampilkan Alfadhil Ustaz Habib Ali Zaenal Abidin Alhamid dan Alfadhil Ustaz Habib Najmuddin Othman Alkhered.

Majlis ilmu itu dijadualkan berlangsung dari jam 7 malam hingga 10.30 malam di Masjid Tuminah Hamidi. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO