Mohamad Hasan Terima Kunjungan Hormat UNRC Baharu
KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menerima kunjungan hormat daripada United Nations Resident Coordinator (UNRC) for Malaysia yang baharu, En. Nikolas Myint, di Wisma Putra, semalam.
Pertemuan itu memberi peluang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai kerjasama antara Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, Malaysia menghargai peranan PBB dalam menangani pelbagai cabaran global.
“Malaysia menghargai peranan PBB dalam menangani pelbagai cabaran global dan akan terus bekerjasama rapat dengan UNRC serta agensi-agensi PBB di negara ini demi manfaat bersama, selaras dengan aspirasi pembangunan negara dan kesejahteraan sejagat,” katanya. – UMNO Online
