Rais Santuni Peniaga, Tinjau Persiapan Hari Landskap Negara 2026

MELAKA, 4 Ogos – Keprihatinan Kerajaan Negeri Melaka terhadap kebajikan rakyat serta memperkukuh pembangunan negeri itu terus dizahirkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Rais Yasin apabila beliau meninjau persiapan Sambutan Hari Landskap Negara 2026 sebelum turun padang menyantuni para peniaga dan masyarakat sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Paya Rumput.

Terdahulu, beliau menyertai lawatan meninjau persiapan akhir Sambutan Hari Landskap Negara 2026 bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman serta barisan agensi berkaitan.

Lawatan tersebut bertujuan memastikan segala aspek persiapan berada pada tahap terbaik termasuk penyediaan tapak pameran, kemudahan pengunjung, landskap kawasan program serta penyelarasan logistik bagi memastikan sambutan berlangsung dengan lancar.

Menurut Rais, Hari Landskap Negara merupakan platform penting dalam memupuk kesedaran masyarakat mengenai kepentingan landskap lestari, di samping mempromosikan Melaka sebagai sebuah negeri yang mengutamakan pembangunan hijau dan persekitaran yang kondusif.

Sejurus selesai lawatan berkenaan, beliau mengadakan sesi walkabout di Pasar Malam sempena WRUR DUN Paya Rumput yang turut dihadiri Datuk Shadan Othman dan Setiausaha MBMB, Tuan Muhammad Firdaus Sharif.

Kesempatan itu dimanfaatkan untuk bertemu para peniaga dan pengunjung, bertanya khabar serta mendengar sendiri pandangan mereka mengenai perkembangan perniagaan dan keadaan semasa.

“Suasana pasar malam yang meriah membuktikan ia bukan sekadar lokasi menjalankan aktiviti perniagaan, malah menjadi medan masyarakat berkumpul serta mengeratkan silaturahim,” ujarnya.

Dalam program sama, Rais turut menyampaikan apron kepada para peniaga sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka dalam menggerakkan ekonomi setempat.

“Selain itu, sempena WRUR DUN Paya Rumput, saya juga menanggung bayaran sewa tapak selama dua minggu untuk seramai 170 orang peniaga pasar malam sebagai usaha membantu mengurangkan beban kos perniagaan mereka.

“Diharapkan inisiatif ini sedikit sebanyak dapat memberi semangat kepada para peniaga untuk terus mengembangkan perniagaan serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” tambahnya.

Rais seterusnha merakamkan penghargaan kepada semua agensi, petugas, MBMB, para peniaga dan pengunjung yang bersama-sama menjayakan program tersebut serta berharap segala usaha dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negeri Melaka akan terus diperkasakan.- UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO