Cakna Kami Kepada Masyarakat Bukanlah Bermusim

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Pelbagai program yang diatur serta dilaksanakan Wanita UMNO Segamat baik secara berkala mahupun tidak bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat setempat malah memberi ruang untuk bertanya khabar secara dekat.

Itulah antara rutin Wanita UMNO bahagian yang diterajui Datuk Norshida Ibrahim yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Johor.

Menerusi perkongsiannya bersama UMNO-Online, Norshida bersama pimpinan setempat yang lain berkesempatan turun padang di Tebing Tinggi, Segamat dengan penyerahan bakul makanan serta keperluan lain kepada mereka yang memerlukan.

“Mengambil keberkatan hari ini, Alhamdulillah Allah izinkan kami berkesempatan untuk turun ke Tebing Tinggi bagi menghadiri dan melaksanakan program yang telah disusun atur.

“Saya bersama kepimpinan Wanita ziarah dan menyampaikan bakul makanan, kerusi roda dan keperluan lain kepada beberapa penerima termasuklah En. Jasman (Bukit Tunggal), Makcik Latipah (Bukit Tunggal), Mak Yam (Bukit Tunggal), En. Ishak (Lubuk Bandan), Puan Intan (Lubuk Bandan), En. Azmi (Sg. Siput), Roniza dan Mazlina (Batu 11) .

“Pada masa yang sama Alhamdulillah kami juga berkesempatan untuk ziarah rakan-rakan Wanita yang kurang sihat dan sebagainya.

“Semoga Allah kurniakan mereka kesihatan,kesembuhan dan seterusnya kembali ceria bersama keluarga serta kembali kuat berbakti utk masyarakat.,” katanya.

Kata beliau lagi insya-Allah dengan kerjasama pelbagai pihak program seumpama itu diteruskan dan ia bukanlah program bermusim.

“Wanita akan terus laksanakan apa jua program yang bermanfaat untuk masyarakat.  Nikmat mana lagi yang kita dustakan, Allah memberi izin untuk rezeki dan senyum hari ini. Atas segalanya, kepada Allah kita berserah,” tambahnya. – UMNO Online


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di linktr.ee/umno #UMNOBangkit