Azalina Teruskan Gerak Kerja, Hadiri NPO Kebangsaan Perkasa Amalan Tadbir Urus

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Sekembalinya ke tanah air setelah lawatan kerja ke China, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said meneruskan gerak kerja dengan menghadiri Simposium Non Profit Organisation (NPO) Kebangsaan 2024.

Beliau yang hadir bagi merasmikan program itu memaklumkan ia bagi memperkasa amalan tatakelola dan tadbir urus yang baik oleh NPO.

“Simposium kali ini memberi fokus kepada aspek pemantapan amalan tatakelola dan tadbir urus yang baik oleh NPO bagi meningkatkan kawalan dalaman sebagai usaha meminimumkan risiko ia disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Sesudah itu, saya telah menerima kunjungan hormat Duta Austria ke Malaysia, Andreas Launer bagi membincangkan pelbagai perkara terutama inisiatif dam gerak kerja pasca pelantikan saya selaku Presiden Akademi Antirasuah Antarabangsa (IACA) yang beribu pejabat di Vienna, Austria,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Azalina yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Pre-Council yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen sebelum sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).

Menurut beliau dalam sesi tersebut, Perdana Menteri turut menyatakan bahawa pengiktirafan demi pengiktirafan yang diperolehi oleh Malaysia adalah disebabkan oleh hubungan di peringkat antarabangsa yang cukup baik, hasil lawatan pemimpin negara ke seluruh dunia dalam misi meningkatkan nama Malaysia di persada dunia.

“Beliau turut menyingkap pelantikan Malaysia sebagai Presiden bagi sesi ke-13 IACA yang diwakili oleh saya di Vienna pada akhir Oktober lalu mencerminkan pengiktirafan dunia terhadap peranan dan ketegasan Malaysia melalui SPRM dalam menangani rasuah.

“Setelah itu, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Negara bagi sidang kali ini di Parlimen bagi memastikan kelancaran perjalanan sidang itu,” ujar beliau. – UMNO Online

[the-post-grid id="151977" title="post"]
@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.