BN Pertimbang Rayuan MyPPP Untuk Kembali Sebagai Komponen Teras – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Sept –Barisan Nasional (BN) dijangka akan membincangkan permohonan Parti Progresif Rakyat (MyPPP) untuk kembali sebagai salah satu komponen teras gabungan itu dalam politik tersebut.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah ini dijangka akan dibincangkan dalam mesyuarat kepimpinan BN yang akan datang maka nasib dan masa depan MyPPP dalam gabungan politik tersebut akan ditentukan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan ini penting bagi memastikan kestabilan politik dan kesepaduan di kalangan parti-parti komponen dalam BN.

“Dahulu MyPPP adalah parti teras BN kini mahu ‘merujuk’ kembali dan rayuan ini akan dibawa ke pucuk pimpinan dewan tertinggi BN.

“Pemimpin ketika itu telah mengumumkan bahawa MyPPP telah keluar daripada BN dan keputusan itu telah dibuat oleh BN daripada 13 parti. Kini BN hanya tinggal empat parti sahaja dan sembilan lagi parti telah keluar dan itulah pemimpin parti terdahulu telah mengumumkan keluar dari BN.

“Apabila MyPPP mahu ‘merujuk’ kembali ke dalam BN maka ia akan tertakluk kepada perbincangan dan perlembagaan BN dan keputusan itu bukannya dibuat sebulat suara,” katanya kepada media pada perhimpunan agung tahunan MyPPP ke-71 di WTCKL hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Pemangku MyPPP, Datuk Dr Loga Bala Mohan, kepimpinan tertinggi, rakan-rakan friends of BN dan ahli-ahli parti.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menjelaskan MyPPP telah menerima keputusan muktamad dari mahkamah berhubung perpisahan parti itu dari segi perundangan.

“Saya tahu parti ini telah melalui pasang surut dalam mengharungi arus politik tanah air, dan akhirnya mereka telah mendapat keputusan muktamad daripada mahkamah. Perpisahan parti ini dari segi perundangan tidak boleh dipertikaikan lagi.

“Untuk itu, kita akan membawa rayuan yang dibuat oleh kepimpinan MyPPP untuk menilai semula keputusan yang telah dibuat oleh kepimpinan terdahulu.

“Saya harap pihak-pihak yang berwajib boleh melakukan siasatan itu kerana 10 orang dari ahli-ahli Parlimen yang telah menandatangani ikrar dan dokumen bahawa kuasa untuk menubuhkan kerajaan itu diberikan pada Pengerusi BN. Kerusi itu bukannya hak peribadi tapi adalah hak parti, tiap-tiap seseorang yang menandatangi ini ada rakaman video,” katanya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.