Salam 2.5 Billion… Lawatan MB Kedah Ke LRA Sungai Limau Dan Bukit Selambau Timbulkan Persoalan

KUALA LUMPUR, 11 Julai – UMNO Kedah melihat lawatan kerja Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ke Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau dan LRA Bukit Selambau sekadar satu pementasan yang bukan sahaja menimbulkan persoalan malah memalukan.

Ketua Penerangannya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, adakah lawatan berkenaan semata-mata untuk menunjukkan hero dan dilihat bekerja sekaligus dilihat sebagai langkah untuk menutup kegagalan.

“Gaya… mutu… keunggulan… satu pementasan yang sangat memalukan. Semata-mata nak tunjuk hero dan dilihat bekerja Menteri Besar atur rombongan kerajaan negeri untuk menutup kegagalan. Persoalan yang saya ingin ajukan dan harapnya dapat jawapan.

“Apa kriteria pemilihan syarikat yang lewat menyiapkan projek ini hinggakan ianya gagal disiapkan mengikut jadual? Satu syarikat yang sama mengurus dan dianugerahkan dua projek sekaligus? Ikut tatakelola yang mana?

“Apa tujuan lawatan ini dilakukan? Sepatutnya ianya dibuat diperingkat awal, takkan pemilik projek tak menjangka akan ada permasalahan hinggakan ianya lambat disiapkan? Ini adalah EOT kedua, saya tak dengar ‘rombongan’ khas ini telah dibuat di EOT yang pertama?

“Apabila Timbalan Menteri ajak buat lawatan tapak secara bersama kenapa tolak? Ego? Ataupun tak sanggup terima kritikan akibat keculasan dan kelemahan mengurus projek yang penting untuk rakyat ini,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Kesimpulannya kata beliau lagi, lawatan berkenaan hanyalah ‘pementasan’ untuk mengaburkan rakyat.

“Bertabahlah rakyat Kedah, tontonilah wayang tinggi kerajaan negeri yang cuba menutup kegagalan dan kelemahan mereka,” ujarnya. – UMNO Online


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit