Terus Usaha Dapatkan Kembali Sokongan – Dr Shamsul Anuar

JERLUN, 7 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah melihat kekuatan UMNO selama ini ialah atas sokongan kuat daripada orang Melayu dan Bumiputra serta kaum kaum lain melalui rakan dalam BN dan kelebihan itulah menjadikan UMNO sebuah parti yang digeruni lagi dihormati.

Menurut beliau di sisi lain, tiada parti politik yang boleh menafikan kekuatan jentera UMNO, sistem pentadbiran yang tersusun hingga ke akar umbi, program dan aktiviti kebajikan yang tidak terkira banyaknya.

“Pengorbanan dan jasa UMNO dalam negara ini juga tercatat tanpa boleh  diubah kerana sejarah membuktikannnya begitu banyak UMNO lakukan selama lebih 60 tahun memerintah.

“Namun persoalan yang perlu  UMNO jawab dan mencari jalan penyelesaian ialah kenapa mutakhir ini sokongan Melayu dan pengundi teras, pengundi muda kepada UMNO BN semakin kurang. Biarpun pelbagai program dan perkara telah dilakukan.

“Fakta in, tidak boleh dinafikan jika diukur berasakan keputusan beberapa siri pilihanraya negeri atau pilihanraya kecil selepas PRU15 yang lalu.Jika UMNO tidak menyelesaikan punca yang menyebab orang Melayu, pengundi teras dan pengundi muda yang ternyata meninggalkan UMNO, saya bimbang UMNO akan menghadapi keadaan yang lebih teruk berbanding PRU15,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakillan Wanita, Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Jerlun, Jumaat.

Dr Shamsul seterusnya menambah UMNO mesti membina semula imejnya dimata rakyat dan sudah tentu, UMNO mesti dilihat sempurna, kukuh, bersatupadu, mesra pada rakyat dan pelbagai lagi nilai positif di mata mereka.

Disamping itu tambahnya lagi UMNO mesti segera mengubah pendekatannya menghadapi rakyat kerana realitinya semua telah berubah.

“Memang benar UMNO parti terbesar di negara ini jika diukur berasakan keahliannya. Namun jika jika dinilai tahap sokongan rakyat kepada UMNO diwaktu ini, keadaannya berbeza.

“Melihat kepada reaksi rakyat terutama berasakan keputusan beberapa siri pilihanraya, ternyata UMNO/BN mesti segera mengkaji semua aspek dan mengatur stretegi berasakan fakta, data yang tepat serta realiti sebenar. Kita tidak boleh bertindak tanpa startegi yang tepat dan hanya berasaskan andaian semata,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.