Eratkan Perpaduan, Sama-Sama Bina Komuniti Harmoni – Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR, 7 Julai – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak semua pihak untuk sama-sama mengeratkan lagi persaudaraan sempena Maal Hijrah 1446H.
Menerusi perkongsian di Facebooknya, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berharap masing-masing dapat membina komuniti yang harmoni dan saling bekerjasama antara satu sama lain.
“Di Awal Muharram ini, kita bangkit semangat untuk kita bersama mengeratkan lagi semangat perpaduan, membina komuniti yang harmoni dan saling mendukung antara satu sama lain.
Marilah kita memupuk rasa persaudaraan dan bekerjasama dalam usaha membina sebuah negara yang berjaya dan sejahtera.,” katanya.
Kata beliau lagi semoga tahun baru membawa kesejahteraan kepada semua demi negara dan rakyat.
“Insya-Allah, mudah-mudahan tahun baharu ini membawa keberkatan dan kesejahteraan kepada kita semua. Amin,. Selamat Menyambut Awal Muharram 1446H,”tambahnya.- UMNO Online