Dr Asyraf Sifatkan Sambutan Luar Biasa Mesyuarat Perwakilan UMNO

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Alhamdulillah…sambutan luar biasa Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian di mana-mana, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya parti berkenaan yang tradisinya membantu serta membela rakyat baik ketika menang mahu pun kalah terus menjadi harapan kepada rakyat.

“Semalam sempat balik ke Kelantan untuk mengiringi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Mesyuarat Persidangan UMNO Bahagian Jeli bertempat di Kompleks UMNO Jeli, Ayer Lanas dan Mesyuarat Persidangan UMNO Bahagian Pasir Puteh bertempat di Kompleks UMNO Dewan Uthmaniyah, Pulau Lima, Pasir Puteh.

“UMNO merupakan parti yang tradisinya membela rakyat. Tatkala waktu UMNO kalah, kitalah yang rakyat cari, walaupun tiada jawatan, kitalah yang sentiasa memberi pertolongan,” katanha menerusi perkongsian di Facebook.

Kata beliau lagi UMNO bukannya sebuah parti yang berkhidmat mengikut musim sebaliknya sentiasa meletakkan rakyat di depan.

“UMNO bukan parti yang menolong rakyat bermusim malah parti keramat Melayu UMNO ini sentiasa berhidmat untuk rakyat tanpa mengira waktu.

“Terima kasih Presiden UMNO atas kesudian bertandang ke UMNO Bahagian Jeli dan Pasir Puteh untuk terus meniup semangat kepada ahli-ahli akar umbi untuk terus istiqamah dalam mempertahankan wadah perjuangan parti ini demi agama, bangsa dan tanah air,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.