Gerak Kerja Tersusun Penting Jayakan Kecemerlangan UMNO – Jalaluddin

BUKIT GELUGOR, 1 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata gerak kerja tersusun amat penting untuk parti mencapai tampuk bersama dalam kekuasaan kerajaan.

Menurut beliau ramai yang memandang negatif jika disebutkan soal berkaitan kuasa, namun pandangan yang diutarakan itu adalah berbeza pada skop di luar kotak.

“UMNO/BN perlu berada dalam kerajaan atau memegang kuasa demi memastikan agenda perjuangan parti dapat direalisasikan.

“Apa agenda perjuangan parti? Apa yang akar umbi mahukan?” 

Jelas beliau akar umbi mahu UMNO membela agama Islam dan mahu UMNO mempertahankan Melayu dan Bumiputera. 

“Akar umbi mahu UMNO terus menjuarai kehendak rakyat. Semua ini lebih tersusun dan berkesan jika parti berada dalam kepimpinan kerajaan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Wanita dan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor, di sini pada Ahad.

Jalaluddin seterusnya menambah justeru UMNO memilih untuk berada dalam Kerajaan Perpaduan agar semua perjuangan yang digariskan dapat dilaksanakan mengikut tatakelola yang baik, berkesan dan menyeluruh.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada Datuk Omar Faudzar Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Norliza Ketua Wanita dan Saudara Ahmad Wafi selaku Ketua Pemuda yang terus istiqomah dalam perjuangan ini di tengah-tengah Pulau Mutiara,” ujarnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.