RM60,300 Untuk Fokus Kesejahteraan Rakyat Parlimen Jelebu – Jalaluddin

JELEBU, 28 Jun – Sebanyak RM60,300 diperuntukkan kepada penerima mingguan Fokus Kesejahteraan Rakyat Parlimen Jelebu dalam usaha memastikan setiap urusan masyarakat setempat dipermudahkan.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dalam satu kenyataan berkata sumbangan berkenaan diharap mampu melicinkan segala permasalahan masyarakat yang memerlukan.

“Alhamdulillah dapat menyampaikan sumbangan mingguan Fokus Kesejahteraan Rakyat Parlimen Jelebu pagi ini di pejabat pusat khidmat.

“Seramai 13 penerima pada minggu ini dengan jumlah peruntukan sebanyak RM60,300.00,” katanya.

Kata beliau lagi usaha sedemikian adalah sebahagian daripada tindakan Pusat Khidmat Parlimen Jelebu dan komitmen tersebut adalah untuk keselesaan masyarakat seluruhnya.

“Semoga setiap bantuan yang diberikan ini mampu memudahkan urusan rakyat,” ujarnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.