Ketidaktentuan Geopolitik Antarabangsa Turut Beri Kesan Semikonduktor Negara
KUALA LUMPUR, 25 Jun – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pihak kerajaan telah memperkenalkan semikonduktor kepada pemain industri negara.
Menurut beliau, ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China bukan saja memberi impak kepada perdagangan dan pertumbuhan global tetapi turut terkesan bagi negara Asean.
Katanya, semikonduktor Malaysia dijangka mengalami kelembapan tahun ini disebabkan ketidaktentuan geopolitik dan turut memberi kesan pada sektor tersebut.
“Ia secara tidak langsung memberi kesan pada semikonduktor industri negara. Walau bagaimanapun konflik ini sebagai contoh Amerika dan China turut memberi kesan yang positif pada Asean dan juga Malaysia kerana syarikat-syarikat multi nasional ini telah mempelbagaikan lokasi mereka.
“Sebagai contoh, Intel, Global Foundries melabur di dalam Malaysia dan salah satu sebabnya untuk mempelbagaikan bekalan-bekalan mereka dan juga dengan syarikat-syarikat NEC yang lain iaitu Texas Instrument, Erickson, Bosch dan Lam Research,” katanya di sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau menjawab persoalan daripada Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah berhubung krisis geopolitik berpanjangan adakah ia memberi kesan kepada industri semikonduktor yang dibangunkan di negara ini.
Soalnya lagi, bagaimanakah kementerian melihat barangan yang dibawa oleh semikonduktor ini tidak mendapat ‘supply’ kerana krisis dua negara tersebut.
Jelas Tengku Zafrul lagi, Malaysia berupaya menjadi hab utama terutamanya dari sektor semikonduktor.
“Pada masa yang sama kerajaan akan memberi detail selama 10 tahun ini untuk menjadi hab yang paling penting dari segi semikonduktor,” katanya lagi. – UMNO Online