Manfaatkan Mesyuarat Bahagian, Medan Percambahan Fikiran Perkukuh Parti – Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Wanita UMNO Malaysia berharap persidangan bahagian dimanfaatkan sebaiknya oleh akar umbi untuk kesatuan dan pengukuhan parti.

Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata ia juga sebagai medan untuk perbincangan bagi merangka strategi demi kelansungan parti keramat ini.

“Selamat bersidang diucapkan kepada semua Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian-bahagian di seluruh negara.

“Jadikan persidangan yang akan berlangsung bermula 21 Jun sehingga 29 Julai 2024 ini sebagai medan percambahan fikiran dalam kita terus mendapatkan keyakinan rakyat bahawa perjuangan UMNO ini tidak pernah lari dari landasan asalnya untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

“Semoga Allah swt merahmati perjuangan kita semua dan memelihara parti yang kita cintai ini. Bersatu, bersetia, berkhidmat!” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, persidangan UMNO cawangan-cawangan telah bermula 22 April sehingga 2 Jun lalu, manakala bagi bahagian bermula hari ini sehingga 29 Julai.

Seterusnya Perhimpunan Agung UMNO mengambil tempat yang diadakan pada 21 sehingga 24 Ogos. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.