TPM Ahmad Zahid Ziarah Wan Rosdy Di IJN

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menziarahi Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) petang semalam.

Menerusi catatan di Facebook semalam, Ahmad Zahid berkata keadaan Wan Rosdy semakin pulih selepas menjalani pembedahan.

“Alhamdulillah, prosedur pembedahan beliau telah berjalan dengan baik dan keadaan kesihatan beliau, saya lihat semakin pulih,” katanya.

Ahmad Zahid turut memohon semua, khususnya rakyat Negeri Pahang untuk bersama-sama mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan dan keafiatan serta kembali pulih seperti sediakala.

Wan Rosdy selesai menjalani prosedur pembedahan di IJN pada Jumaat lalu.- BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.