Dira Terus Santuni Pelajar, Ziarah Kasih Penduduk Rim

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar terus menyantuni penduduk di kawasan melalui program-program berbentuk kemasyarakatan serta ziarah kasih yang dilakukan beliau.

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin menerusi perkongsiannya di Facebook ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Temu untuk bersama dalam program Program BUDI@SENI, Inspirasi Generasi (i-Gen).

“Saya ke SMK Padang Temu untuk berkongsi coretan dan cerita dalam program budi@seni Inspirasi generasi(I-Gent) anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara negeri Melaka dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

“Bersama dengan saya anak-anak dari enam sekolah dalam negeri Melaka iaitu SMK Padang Temu, SMK Pernu, SMK Sri Pengkalan, SMK Ghafar Baba, SMK Tan Sri Aziz Tapa dan High School Melaka.

“Perkongsian ini dapat menyuntik semangat anak-anak ini untuk mencapai cita-cita mereka tidak kira dalam bidang seni atau bidang lain yang mereka pilih,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Sementara itu, Khaidhirah dalam hantaran berbeza turut berkesempatan menziarahi waris Allahyarhamah Sarah Baharom yang meninggal dunia akibat sakit tua.

Beliau pada masa sama turut berharap keluarga waris untuk bersabar dengan ujian yang menimpa dan mendoakan agar allahyarhamah ditempatkan bersama hamba yang beriman.

“Saya mendapat khabar sedih pemergian mak cik Sarah Baharom di Jalan Loji Air Kampung Chinchin yang telah kembali ke rahmatullah di Hospital Jasin akibat sakit tua.

“Jenazah allahyarhamah telah dikebumikan di Tanah perkuburan Loji air Chin Chin sebelum waktu zohor (semalam). Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah SWT… al-Fatihah,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.