Pandang Ke Depan, Kita Akan Lebih Progresif – Hafiz Ariffin

KUALA LUMPUR, 8 JUN- Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN) Hafiz Ariffin melihat masing-masing perlu memandang ke depan apatah lagi berada bersama-sama di dalam kerajaan hari ini.

Bagi beliau negara akan lebih progresif jika tidak bercakap soal-soal yang timbul sehari dua ini termasuklah apa yang diperkatakan oleh Lim Guan Eng.

“Kita akan lebih progresif jika tidak bercakap, menyentuh hal-hal sensitif seperti ini, memarakkan lagi rasa kurang senang antara satu sama lain. Lim Guan Eng juga antara pemimpin kanan dalam parti yang bersama Kerajaan, satu koalisi politik yang sama dengan menteri yang menerajui Kementerian Pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook.

Beliau seterusnya yakin kenyataan seumpama itu akan menyukarkan lagi untuk masing-masing mencati keserasian dan sebagainya.

“Saya yakin percakapan ini akan menyusahkan lagi untuk mencari keserasian, mencari keyakinan dan menambah cabaran parti koalisi

YB yang juga bakal berdepan PRK. Polisi negara juga tidak akan lebih progresif dengan hanya mengambil kira suara 11 sekolah SMJK di Pulau Pinang,” ujarnya.- UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.