Agenda Parti Tetap Jadi Keutamaan, Terus Bela Nasib Rakyat – Rais

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Ketua UMNO Tangga Batu Datuk Rais Yasin berkata agenda parti terus menjadi keutamaan dalam apa jua keadaan.

Justeru katanya menjadi rutin UMNO bahagian berkenaan mengadakan perbincangan serta mesyuarat dalam usaha memastikan parti itu terus menjadi payung kepada masyarakat setempat.

“Sesibuk mana pun, agenda parti tetap menjadi keutamaan. Malam tadi saya bersama AJK UMNO Bahagian Tangga Batu hadir bermesyuarat di JAPERUN Paya Rumput. Melihat komitmen dan kesungguhan pejuang-pejuang ini, makin menyala dan berkobar semangat saya selaku Ketua Bahagian.

“Seringkali saya ingatkan, perjuangan UMNO tidak boleh sesekali malap di Tangga Batu walau apa pun ujian dan cabaran. Parti Keramat ini mesti kekal menjadi satunya pembela dan harapan rakyat pelbagai kaum dan agama untuk mengadu nasib mereka,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Kata beliau lagi seluruh jentera insya Allah menanam iltizam untuk terus bergerak bersama-sama di bahagian terbabit bagi memastikan agenda pembelaan rakyat dapat dilaksanakan sebaiknya.

“Insya Allah, kami jentera UMNO Tangga Batu sentiasa bersiap siaga untuk menabur khidmat bakti. Ingat, tiada masa untuk menoleh kanan dan kiri, teruslah maju ke depan demi perjuangan. Alhamdulillah,” ujarnya.

Turut hadir  SUB UMNO Tangga Batu , En Fasarul Md Isa, Ketua Pemuda UMNO, En Ahmad Yusof Rahmat dan Naib Ketua Puteri, Pn. Farah Hana Binti Karim serta barisan AJK UMNO Tangga Batu.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.