Pas Jangan Gunakan Agama Sebagai Senjata Untuk Burukkan Orang Lain – Azhari

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari menempelak Pas yang berterusan memainkan sentimen dosa dan pahala untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Katanya sebagai respon dengan tindakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata ‘kemenangan Islam dalam pilihan raya akan menyebabkan dosa-dosa golongan terdahulu diampunkan’.

“Jadi, saya rasa Tuan Ibrahim ni gunalah cara lain, jangan gunakan agama sebagai senjata atau alat untuk memburuk-burukkan orang lain ataupun mempengaruhi orang lain untuk kepentingan parti.

“Apa yang saya lihat dan faham Pas ni tak habis-habis menggunakan fatwa-fatwa yang dia rasa ada kepentingan pada diri dia,” katanya ketika dihubungi UMNO Online.

Beliau dalam pada itu berkata sebaliknya nilai keagamaan perlu diraikan dalam menyatukan rakyat, berbanding sentimen negatif yang dibawa Pas.

“Jadi, sebenarnya lebih baik kita gunakan agama ni untuk perpaduan umat. Bukan memecahbelahkan umat.

“Kerana dengan fatwa-fatwa yang begini ia bahaya dan mengelirukan,” ujar beliau.

Terdahulu, Tuan Ibrahim dipetik sebagai berkata ‘dengan kemenangan Islam kita boleh betulkan dasar yang tak betul, kemungkaran yang dibenarkan zaman dulu, contohnya perjudian’ katanya seperti dilaporkan Harakahdaily pada 4 Jun lalu.

Bagaimanapun laporan Harakahdaily tersebut kemudiannya telah dipadamkan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.