Keputeraan Agong: Ahmad Zahid Rafak Sembah, Zahir Ucapan Tahniah

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merafak sembah ucapan tahniah di atas Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Ibrahim I ni Almarhum Sultan Iskandar.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau mendoakan agar pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku bersemayam di takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan, dilanjutkan usia dan sentiasa diberkati oleh Allah SWT.

BAGAN DATUK 12 Mei–Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan semasa hadir Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-Cawangan Empat Peringkat UMNO Bahagian Datuk di sini hari ini.

“Dirgahayu Tuanku! Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada Isnin, 3 Jun 2024 bersamaan dengan 25 Zulkaedah 1445H.

“Patik dengan penuh sembah takzim bersama keluarga mendoakan agar pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku bersemayam di takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan, dilanjutkan usia dan sentiasa diberkati oleh Allah SWT. Insya-Allah.

“Daulat Tuanku,” katanya.

Hari keputeraan Agong ke-17 disambut pada 3 Jun manakala difahamkan istiadat pertabalan akan berlangsung pada 20 Julai. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.