50 Tahun BN: Mari Teruskan Perjuangan Dengan Semangat Sama, Capai Kejayaan Pada Masa Hadapan

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Sempena sambutan ulang tahun Barisan Nasional (BN) ke-50 ini, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengajak seluruh jentera untuk meneruskan perjuangan demi mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau berkata, kecemerlangan pentadbiran BN tidak dapat dinafikan dan ia datang dengan segala nikmat yang dirasai sehingga ke hari ini.

“Selamat Ulang Tahun Jubli Emas ke-50 BN! 50 tahun pertubuhan BN yang penuh gilang gemilang pencapaiannya walau diuji, ditomah dan difitnah.

“Kecemerlangan pentadbiran Barisan Nasional tidak dapat dinafikan dengan segala nikmat yang dirasai rakyat sehingga ke hari ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut berharap agar BN terus maju ke hadapan terutamanya dalam memberikan manfaat dan kemakmuran kepada rakyat.

“Marilah kita teruskan perjalanan ini dengan semangat yang sama, menghadapi cabaran-cabaran baru dan mencapai kejayaan lebih besar pada masa hadapan.

“Semoga BN terus maju dan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Selamat ulang tahun ke-50, dan mari kita raikan pencapaian ini dengan penuh kebanggaan dan semangat,” katanya lagi.

Untuk rekod, BN telah menyambut ulang tahunnya yang ke-50 pada 1 Jun setelah ia ditubuhkan pada tahun 1946. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.