Jalaluddin Harap APM ‘Rakan Kepada Rakyat’ Terus Dimartabat

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Agensi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) merupakan antara salah satu agensi yang memainkan peranan penting dalam apa jua musibah serta bencana termasuklah bencana bajir dan sebagainya lagi.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang dianugerahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Kehormat (Pertahanan Awam) agensi berkenaan melihat ianya merupakan satu tanggungjawab untuk bersama-sama dengan agensi tersebut dalam melaksanakan khidmat bakti kepada masyarakat.

Menurut beliau khidmat bakti yang dicurahkan seluruh kakitangan agensi tersebut bersama dengan pelbagai agensi lain amat membanggakan khususnya ketika banjir besar melanda daerah Jelebu pada tahun lepas.

“Semalam saya berkesempatan menerima pelantikan sebagai pegawai dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dengan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Kehormat (Pertahanan Awam).

“Saya sedar bahawa pelantikan ini bukan suatu anugerah, sebaliknya kebertanggungjawaban besar memartabatkan peranan agensi ini dalam mengurus keperluan rakyat, terutama yang melibatkan bencana dan sebagainya.

“Angkatan Pertahanan Awam dan saya bukan perkara asing. Masih segar diingatan, semasa peristiwa bencana besar di Jelebu pada tahun 2021, APM antara agensi yang memberi khidmat cukup cemerlang dalam membantu para mangsa banjir,” katanya menererusi perkongsian di Facebook.

Kata beliau lagi inilah contoh bagaimana agensi sebegini berfungsi dalam membantu rakyat sama ada di bandar mahupun desa.

“Semoga martabat dan harakat APM dapat diangkat pada setiap masa, agar ia menjadi ‘rakan kepada rakyat’ pada setiap ketika,” ujarnya.- UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.