Jangan Percaya Parti Yang Tiada Prinsip Asas Perjuangan – Maslin Sham

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Maslin Sham Razman berharap rakyat tidak mudah termakan dengan dakyah dibawa parti lawan yang pada luarnya berkata perjuangan mereka untuk orang Melayu.

Katanya ini kerana, parti tersebut yang kononnya mahu menggantikan UMNO hanya mahu menunggang perjuangan disebut mereka sedangkan itu semua demi kepentingan peribadi, apatah pemimpin mereka juga berasal daripada UMNO.

“Rakyat tak perlu beri lagi kepercayaan kepada mereka kerana mereka ini berjuang tanpa prinsip, kerana untuk kepentingan diri sahaja. Jadi saya rasa rakyat perlu berfikir dua kali kalau nak menyokong kumpulan ini ataupun PPBM yang hajatnya nak mengganti parti teras Melayu yang sudah 78 tahun berjasa kepada rakyat.

“Lagipun dah nampak jelas ahli-ahli ataupun pemimpin-pemimpin PPBM ini datangnya daripada UMNO, mereka ini adalah ahli UMNO yang tidak setia.

“Jadi mereka ini, kita ragui prinsip mereka kerana wakil-wakil rakyat yang ada menang dalam PRU (Pilihan Raya Umum) ke-15 yang mewakili parti itu adalah antara yang paling banyak datang daripada UMNO kerana mereka tidak menunjukkan kesetiaan dan melompat,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau dalam pada itu turut menyifatkan sokongan kepada PPBM bersifat sementara kerana mereka tidak mempunyai akar umbi yang kukuh.

Sebaliknya jelas beliau lagi, mereka hanya mempunyai penyokong yang disifatkan seperti bermusim kerana perubahan landskap politik.

“Jika dilihat pada akar umbi, mereka memang kosong pada saya sebab mereka tidak ada pengikut sebaliknya ada penyokong sahaja.

“Penyokongnya bukan sifatnya kekal tetapi bersifat gelombang yang ada ketika itu kita tak dapat menengani propaganda yang mereka lancarkan,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.