Lepasan SPM: Cemerlang Atau Kurang Cemerlang, MARA Sediakan Peluang Lanjutkan Pelajaran

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan peluang yang cukup luas buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi.

Dalam satu hantaran di Facebook, Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata bermula semalam, Isnin (27 Mei) MARA membuka permohonan pinjaman pelajaran untuk pelajar cemerlang lepasan SPM menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan universiti luar negara terpilih.

Tambahnya, tarikh tutup permohonan secara dalam talian bagi Young Talent Development Programme (YTP) Lepasan SPM 2023 itu pada 10 Jun nanti.

Dr Asyraf juga melampirkan maklumat lanjut yang boleh dilayari pautan berikut:

  1. Garis Panduan Permohonan

https://mara.b-cdn.net/…/1.-GARIS-PANDUAN-PERMOHONAN.pdf

  1. Syarat Kelayakan Program

https://mara.b-cdn.net/…/2.-SYARAT-KELAYAKAN-PROGRAM.pdf

  1. Soalan Lazim

https://mara.b-cdn.net/…/2024/05/3.-SOALAN-LAZIM.pdf

  1. Panduan Permohonan

https://mara.b-cdn.net/…/2024/05/4.-PANDUAN-PERMOHONAN.pdf

  1. Manual Pengguna Sistem

https://anyflip.com/shdgj/rmvs

  1. Pautan Permohonan Dalam Talian

https://educationloan.mara.gov.my/V4/sa/#/Login

Manakala dalam satu status yang berasingan, Dr Asyraf yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata untuk pelajar yang kurang cemerlang, pihak MARA juga menyediakan tempat.

Ujarnya, yang lebih istimewa kos pengajian ditanggung oleh pihak MARA bahkan ada yang mendapat elaun bulanan.

“Jangan risau yang kurang cemerlang SPM, boleh mohon Institusi Pendidikan MARA termasuk GiatMARA, IKM (Institut Kemahiran MARA), KKTM (Kolej Kemahiran Tinggi MARA), KPM (Kolej Profesional MARA), MARA tanggung kos pengajian (pendidikan percuma) dan dapat elaun bulanan lagi,” katanya.

Seterusnya dalam ruangan komen, Dr Asyraf juga melampirkan pautan bagi permohonan kemasukan ke Institusi-institusi Pendidikan MARA yang boleh rujuk di pautan berikut:

  1. https://www.malaysia.gov.my/portal/content/29598?language=my
  2. UniKL — https://www.mara.gov.my/…/universiti-kuala-lumpur…/…
  3. GMI — https://www.gmi.edu.my/
  4. UPTM — eadmission.kptm.edu.my
  5. KPTM — eadmission.kptm.edu.my
  6. KKTM — https://www.tvetmara.edu.my/
  7. IKM – https://www.tvetmara.edu.my/
  8. GiatMARA — https://gspel.giatmara.edu.my/my/registration

Begitu juga Dr Asyraf menjelaskan bahawa Institusi Pendidikan MARA yang lain termasuklah Kolej Poly-tech MARA (KPTM), German-Malaysia Institute (GMI), Malaysia-Japan Industrial Institute (MJII), UniKL, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).

“Untuk institusi-institusi ini, terbuka juga kepada mereka yang menaja dan membiayai sendiri. Namun untuk B40, semua MARA tanggung,” katanya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.