Laksana Gerak Kerja Sebaiknya Dekati Rakyat, Pastikan UMNO Kekal Relevan

SABAK BERNAM, 27 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berharap ahli parti untuk terus melaksanakan gerak kerja sebaiknya dalam mendekati rakyat.

Katanya ia sebagai menebus jatuh bangun parti dalam landskap politik negara, bagi memastikan parti ini kekal relevan untuk membawa perjuangan agenda membela nasib rakyat.

“Kena sedar balik, sebenarnya kita Ini bukan hanya sekadar menteri besar tinggal empat orang, kita juga kena sedar juga bahawa kita tiada ahli Parlimen di tujuh buah negeri.

“Kena faham supaya keFahaman ini akan membawa satu kesedaran, berhenti dan cukuplah kalau hendak gaduh, cukuplah kalau kita nak berperang sama-sama kita, cukuplah kalau kita nak berputus jawatan sama-sama kita.

“UMNO sudah dalam keadaan yang tak boleh lagi untuk kita nak berperang, untuk kita nak gaduh, untuk kita berpecah antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Jelajah Penerangan UMNO Malaysia yang diadakan di UMNO Bahagian Sabak Bernam, Ahad.

Turut hadir Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaacob; Naib Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Abdul Samad Dawood dan kepimpinan bahagian.

Jamil Khir dalam pada itu meluahkan harapan untuk Parlimen Sabak Bernam kembali diterajui UMNO/Barisan Nasional (BN) berdasarkan trend sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

“Impian dan harapan, kekuatan, berasarkan kajian yang dibuat di tambah dengan undi yang telahpun kita dapat pada PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15).

“…campur dengan rakan komponen yang gabungan bersama dengan kita, yang kita istilahkan dengan kerajaan Madani, insya-Allah kalau betul-betul kita buat saja Sabak bernam akan kembali kepada tangan UMNO,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.