Masa Untuk Terus Maju Ke Depan, Rakyat Sabah Perlukan Pembelaaan – Bung Moktar

KINABATANGAN, 23 Mei – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa masyarakat negeri terbabit khususnya di luar bandar perlu keluar dari belenggu kemiskinan.

Justeru katanya, rakyat negeri terbabit perlu berjuang ke arah masa depan yang lebih baik.

“Masanya untuk kita maju ke hadapan dan pastikan kampung kita terus ke depan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berkata demikian selepas majlis penyampaian Permit Menduduki Tapak Lot Simpanan Rizab Perkampungan Anak Negeri dan Perasmian Pembinaan Jalan Rizab Perkampungan Sungai Lokan, di sini pada Selasa.

Dalam hal ini, beliau turut melahirkan rasa syukur kerana perjuangan masyarakat tempatan di sini untuk mendapatkan permit terbabit akhirnya selesai.

 

“Alhamdulillah, setelah hampir empat tahun akhirnya masalah masyarakat Kampung Sungai Lokan dapat di selesaikan

“Selaku wakil rakyat kawasan DUN Lamag saya akan terus memestikan masalah masyarakat kampung akan terus dibela,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.