Pelbagai Medium Penerangan Serlahkan Keupayaan Azalina – UMNO Kedah

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Pelbagai langkah dan medium penerangan UMNO Malaysia hari ini di bawah kepimpinan Datuk Seri Azalina Othman Said dilihat seiring dengan langkah parti yang berdepan dengan pelbagai cabaran.

Apatah lagi dengan kemampuan beliau sebagai seorang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) yang berkebolehan dan telah menunjukkan keupayaan sekaligus memberi nilai tambah kepada UMNO.

Bagi Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, selain daripada itu Azalina cukup fokus dalam gerak kerja serta kemampuan menyampaikan hujah dengan penuh fakta.

“Datuk Azalina sangat fokus dan ‘savy’ dengan medium penerangan kontemporari, khasnya media sosial yang sebelum ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh UMNO.

“Malah beliau mempunyai keupayaan menyampaikan penerangan dengan penuh fakta dan jelas. Semua tahu keupayaan dan ‘knowledge based’ yang ditampilkan beliau,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO Online, di sini, hari ini.

Kata beliau lagi,  ’fierce and determined character’ yang ditunjukkan Azalina jelas mampu melayakkan Ahli Parlimen Pengerang itu untuk tugasan sebagai Ketua Penerangan, dan ini dibuktikan dengan kebolehan menjawab dan mematahkan hujah pembangkang di gelanggang Parlimen.

“Kejayaan beliau sebagai menteri menyelesaikan kemelut tuntutan antarabangsa sebelum ini membuktikan bahawa beliau mampu memberi fokus terhadap setiap tugasan yang diamanahkan.

“…dan ini adalah nilai tambah yang penting diperlukan UMNO yang sedang menjalani proses pemulihan,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.