Kekuatan Parti Secara Berjemaah, Kerjasama Berpasukan Kunci Kekuatan – Dr Asyraf

JERANTUT, 19 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kekuatan parti terletak kepada jemaah dan bukannya bergantung kepada individu.

Menurut beliau kerjasama berpasukan adalah kunci kepada segala-galanya dan itulah yang perlu ada dalam setiap ahli parti.

“Kekuatan UMNO bukan kekuatan individu. Kekuatan UMNO adalah kekuatan jamaah dan kalau kita pertahankan institusi dan kita bekerja sebagai satu pasukan, jalan untuk ini, insya-Allah kita boleh menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jelajah Penerangan UMNO Malaysia, UMNO bahagian Jerantut, di sini, semalam.

Turut serta Ketua UMNO Jerantut, Haris Salleh Hamzah, ketua Penerangan UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal dan pimpinan yang lain.

Asyraf seterusnya mengingatkan bahawa apa yang ada hari ini dan segala yang berlaku sebagai tanda serta peringatan daripada Allah swt.

“Dalam keadaan kita kalah, hanya 30-20 kerusi di Parlimen pun boleh jadi kerajaan. Apa tanda dan isyarat? Ingat… ini adalah peluang terakhir untuk kita bangkit semula.

“Apa pun ingat… kita terpesong sedikit daripada perjuangan, kita akan ditarik kuasa daripada kita. Hari ini Allah bagi peluang terakhir kepada kita ambillah peluang ini untuk  kuatkan kembali… untuk kita kembali dalam tempoh tiga tahun saja lagi untuk pilihan raya. Kalau berjaya, kembali kepada asas perjuangan kita, bersatu, bersetia, dan berkhidmat. Insya-Allah, Allah berikan kemenangan,” ujarnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.