UMNO Bukan Parti ‘Maggi Mee’ Tapi Perjuangan Dari Kemerdekaan Sehingga Ke Hari Ini

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jailani Johari berkata penubuhan UMNO adalah ikhlas untuk memperjuangan nasib orang Melayu dan bukan seperti segelintir parti yang wujud bersifat ‘maggi mee’.

Kata beliau, meskipun menempuhi dinamika politik yang kian berbeza namun UMNO terbukti sebagai parti keramat yang masih relevan sehingga ke hari ini.

“Ya, parti boleh diibaratkan seperti parti ‘maggi mee’, timbul sekejap untuk kepentingan pada masa tersebut tapi kita dah lihat UMNO daripada zaman dahulu sehingga sekarang dan hari ini pada tahun 2024 kita meraikan tahun yang ke-78 UMNO.

“Dari situ kita dapat lihat betapa hebatnya parti ini. Jadi, kita sebagai orang Melayu harus mempertahankan UMNO ini kerana tidak ada parti lain yang boleh memperjuangkan agama bangsa melainkan UMNO,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Sebagai ahli UMNO beliau turut meluahkan keterujaan kerana UMNO diasaskan atas semangat dan jati diri yang kuat sebagai orang Melayu yang memperjuangkan tanah air dan bangsa yang bebas daripada cengkaman pihak luar.

Kata beliau lagi, meskipun parti keramat ini menyaksikan perubahan tampuk kepimpinan namun semangat perjuangannya masih kekal.

“Kita sebagai ahli UMNO sebenarnya bertuah kerana parti kita sudah bergerak selama lebih 78 tahun dan patut berterima kasih kepada ayahanda dan bonda kita yang telah memperjuangkan daripada dahulu sehingga ke hari ni.

“Sekarang ini walaupun dalam kepimpinan yang baru, kita dapat lihat rata-rata kepimpinan yang ada terutamanya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih jitu mempertahankan UMNO walaupun kita telah mengalami pelbagai cubaan dan halangan selepas kekalahan pilihan raya.

“…tapi Alhamdulillah dapat lihat UMNO masih tetap bersatu dan harus dingatkan bahawa semangat solidariti antara semua ahli UMNO perlu ada bagi mempertahankan parti UMNO yang kita sayangi sehingga ke hari ni,” ujar beliau.

Terdahulu, sambutan ulang tahun UMNO yang diadakan pada 11 Mei lalu menyaksikan kemeriahannya yang tersendiri dengan penganjurannya diadakan serentak melibatkan 12 negeri yang dilaksana secara maya melibatkan bahagian-bahagian di akar umbi sebagai simbolik kepada kesyukuran UMNO ke-78.

Berpusat di Pusat Dagangan Dunia Putra, ia menyaksikan penganjuran bersama UMNO Pusat dan UMNO Wilayah Persekutuan di Dewan Tun Hussein Onn dengan pengisian solat Maghrib serta bacaan Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Pengerusi Biro Agama UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.