Persidangan Cawangan: Rais Sifatkan Ahli Dan Pimpinan Akar Umbi Terus Istiqamah Dalam UMNO

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin mengucapkan tahniah kepada seluruh pimpinan dan ahli akar umbi di bahagian berkenaan yang selesai mengadakan persidangan cawangan masing-masing.

Bagi beliau perkembangan berkenaan memperlihatkan masing-masing terus istiqamah dan komited dalam perjuangan parti yang penuh jasa kepada rakyat.

“Tahniah semua para pimpinan cawangan yang setia dan komited. Sematkan dalam hati bahawa UMNO ini merupakan parti keramat yang telah berjasa kepada rakyat Malaysia hampir 78 tahun lamanya.

“Yakinlah, parti UMNO akan terus bangkit memperjuangkan hak-hak rakyat khususnya Melayu Islam dan memartabatkan institusi Raja Melayu di tanah air tercinta ini. Semoga Allah SWT merahmati perjuangan suci akar umbi UMNO,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau seterusnya berkongsi menerusi Facebooknya majis perasmian mesyuarat di beberapa UMNO Cawangan Bahagian Tangga Batu.

“Dalam kesibukan jadual, selaku Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu saya tetap bersemangat menghadiri mesyuarat UMNO Cawangan-cawangan di bawah Bahagian Tangga Batu.

“Bermula dengan mesyuarat UMNO Cawangan Bukit Mentagau yang telah dijalankan oleh Jameel Jabbar selaku Ketua UMNO Cawangan Bukit Mentangau. Tahniah ‘Abg J’ kerana berjaya mengemudikan agenda mesyuarat dengan baik.

“Seusai itu, saya singgah ke Mesyuarat UMNO Cawangan Sungai Udang Jaya yang dilaksanakan oleh Tuan Haji Nasir Omar, Ketua UMNO Cawangan Sungai Udang Jaya. Segala agenda juga berjalan lancar.

“Akhir sekali, saya sempat berjumpa dan berborak santai dengan Basiron Abd Rahman, Ketua UMNO Cawangan Tanjung Batu setelah habis bermesyuarat dan mempengerusikan mesyuarat cawangan. Tahniah semua,” ujarnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.