Kenyataan Palsu Tular, Ibu Pejabat UMNO Nafi Kenyataan Media Presiden

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Ibu Pejabat UMNO menafikan kewujudan kenyataan media yang dikeluarkan atas nama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bertarikh hari ini.

Ini berikutan tular dalam media sosial kenyataan yang mendakwa bahawa Presiden UMNO mengeluarkan kenyataan media dengan menggunakan kepala surat rasmi Presiden UMNO.

Antara kandungan dalam kenyataan terbabit adalah berkaitan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, Pang Sock Tao semalam dan juga ulang tahun UMNO ke 78.

Turut disebut adalah model meritokrasi dan kesaksamaan peluang untuk semua rakyat tanpa mengira latar belakang etnik.

Sehubungan itu, ditegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah palsu dan tidak benar – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.