UMNO 78 Tahun: Parti Tak Pernah Gadai Maruah, Perjuangan Demi Rakyat – Siti Sokleha

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Siti Sokhleha Nordin menegaskan bahawa UMNO tidak pernah sesekali menggadaikan maruah parti dan hingga saat ini UMNO kekal berjuang semata-mata demi rakyat yang dicintai.

Lantas katanya, akurlah bahawa nadi UMNO adalah rakyat kerana UMNO sebuah perjuangan.

“UMNO sebuah perjuangan, walaupun diuji dengan 1001 perkara, namun UMNO tidak pernah berganjak untuk mempertahankan agama Islam, Raja-raja Melayu dan bangsa Melayu serta Bumiputera,” katanya dalam ucapan sempena ulang tahun UMNO ke-78, hari ini.

Ujar beliau, hari ini UMNO diasak disegenap penjuru dengan pelbagai laungan menghina, namun UMNO kekal mempertahankan prinsip kedaulatan yang diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin lama.

UMNO menyambut ulang tahun pada 11 Mei yang keraiannya akan diadakan serentak di seluruh negara melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri-Negeri. – UMNO Online


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di linktr.ee/umno #UMNOBangkit