Ahmad Maslan Seru Pengundi KKB Pilih Calon Kerajaan Perpaduan

KUALA KUBU BHARU, 9 Mei – Berbaki dua hari lagi fasa terakhir tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu sebelum dihentikan pada tengah malam Jumaat.

Menariknya pertembungan antara parti-parti yang bertanding adalah dari Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao mewakili Kerajaan Perpaduan menjadi pertimbangan kepada pengundi untuk membuat pilihan tepat bagi mengekalkan DUN Kuala Kubu Bharu bersama kerajaan negeri dan pusat. 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyeru kepada semua pengundi di DUN Kuala Kubu Bharu, sama ada dalam kawasan ini mahupun yang berada di luar agar mengundi calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao.

“Saya dengan ini menyeru kepada pengundi-pengundi yang berada di luar Kuala Kubu Bharu dan juga pengundi-pengundi yang berada di dalam sini untuk mengundi calon Perpaduan, Pang Sock Tao, calon nombor dua.

“Keluarlah beramai-ramai mengundi calon Perpaduan,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

PRK Kuala Kubu Baharu yang menyaksikan pertandingan empat penjuru diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Lee menewaskan tiga pencabarnya daripada PN, PRM dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dengan majoriti 4,119 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 27 April lalu sehingga jam 11.59 malam, 10 Mei.

DUN Kuala Kubu Baharu memiliki 40,226 pengundi berdaftar terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.